Site icon TechNave BM

Samsung bekerjasama dengan KPT untuk melabur dalam tenaga kerja masa depan Malaysia

Samsung Malaysia Electronics dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meterai kerjasama bagi melancarkan program yang akan mentransformasikan pendidikan tinggi dan pembangunan kemahiran di Malaysia.

Inisiatif ini dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh bertujuan untuk menyepadukan kepakaran dan pengetahuan teknikal termaju Samsung ke dalam sukatan pelajaran pendidikan, menangani keperluan industri yang kritikal dan memperkasakan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Program kerjasama didorong oleh empat objektif utama:

Skop produk dan sukatan pelajaran program kerjasama itu akan merangkumi produk elektronik pengguna Samsung termasuk TV, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk. Politeknik telah membangunkan pelan komprehensif menerusi sasaran yang akan dipantau secara berkala sepanjang tempoh tahun 2023 hingga 2030.

Kerjasama ini akan menyediakan peluang untuk 3,000 pekerja industri dan program latihan ini akan bermula pada Januari 2024. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang inisiatif ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version