More

    Samsung bekerjasama dengan KPT untuk melabur dalam tenaga kerja masa depan Malaysia

    Samsung Malaysia Electronics dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meterai kerjasama bagi melancarkan program yang akan mentransformasikan pendidikan tinggi dan pembangunan kemahiran di Malaysia.

    Inisiatif ini dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh bertujuan untuk menyepadukan kepakaran dan pengetahuan teknikal termaju Samsung ke dalam sukatan pelajaran pendidikan, menangani keperluan industri yang kritikal dan memperkasakan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Program kerjasama didorong oleh empat objektif utama:

    • Memupuk Peluang Perniagaan – mewujudkan sinergi perniagaan yang kukuh antara Samsung dan KPT, membuka jalan untuk kerjasama serta perkongsian masa hadapan.
    • Memupuk Graduan Berkemahiran – menangani permintaan yang semakin meningkat untuk graduan mahir dalam sektor perkhidmatan selepas jualan, melengkapkan mereka dengan kecekapan yang diperlukan.
    • Meningkatkan Kesedaran Perkhidmatan dan Penjenamaan – meningkatkan reputasi perkhidmatan selepas jualan Samsung dengan melahirkan graduan terlatih yang boleh memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
    • Menggalakkan Pekerjaan – menggalakkan graduan mengejar peluang pekerjaan dengan Samsung yang dapat memperkayakan lagi pengalaman praktikal dan mengembangkan prospek kerjaya.

    Skop produk dan sukatan pelajaran program kerjasama itu akan merangkumi produk elektronik pengguna Samsung termasuk TV, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk. Politeknik telah membangunkan pelan komprehensif menerusi sasaran yang akan dipantau secara berkala sepanjang tempoh tahun 2023 hingga 2030.

    Kerjasama ini akan menyediakan peluang untuk 3,000 pekerja industri dan program latihan ini akan bermula pada Januari 2024. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang inisiatif ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured