Site icon TechNave BM

Samsung beri Galaxy Buds+ bernilai RM599 percuma jika anda beli Galaxy Note20 sehingga 30 November

Jika anda masih lagi tidak membeli siri Samsung Galaxy Note20, tetapi merancang untuk membelinya, sekarang adalah masa yang sesuai. Samsung kini menawarkan Galaxy Buds+ percuma melalui pembelian salah satu siri Galaxy Note20. Tawaran ini bermula pada 28 Oktober hingga 30 November 2020.

Sepintas lalu, anda boleh menyemak spesifikasi penuh di pautan biru ini untuk Samsung Galaxy Note20 yang berharga RM3,899, Samsung Galaxy Note20 5G berharga RM4,299 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G berharga RM5,199. Untuk mendapat Galaxy Buds+ bernilai RM599 percuma, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

Anda boleh membeli siri Samsung Galaxy Note20 di mana-mana Samsung Experience Store, pengedar Samsung terpilih dan Samsung Online Store. Kunjungi pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi.

Adakah anda berminat dengan promosi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version