More

    Samsung beri Galaxy Buds+ bernilai RM599 percuma jika anda beli Galaxy Note20 sehingga 30 November

    Jika anda masih lagi tidak membeli siri Samsung Galaxy Note20, tetapi merancang untuk membelinya, sekarang adalah masa yang sesuai. Samsung kini menawarkan Galaxy Buds+ percuma melalui pembelian salah satu siri Galaxy Note20. Tawaran ini bermula pada 28 Oktober hingga 30 November 2020.

    Sepintas lalu, anda boleh menyemak spesifikasi penuh di pautan biru ini untuk Samsung Galaxy Note20 yang berharga RM3,899, Samsung Galaxy Note20 5G berharga RM4,299 dan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G berharga RM5,199. Untuk mendapat Galaxy Buds+ bernilai RM599 percuma, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

    • Langkah 1: Beli Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G atau Galaxy Note20 Ultra 5G.
    • Langkah 2: Pergi ke halaman Promosi Samsung disini dan klik “Redeem Now”. Selepas mendaftar atau log masuk ke akaun Samsung anda, isi butiran yang diperlukan dan sertakan resit atau bukti pembelian.
    • Langkah 3: Setelah selesai, Samsung Galaxy Buds+ akan dihantar ke alamat pelanggan dalam masa 30 hari waktu bekerja bermula dari tarikh serahan maklumat penebusan hadiah daripada pelanggan.

    Anda boleh membeli siri Samsung Galaxy Note20 di mana-mana Samsung Experience Store, pengedar Samsung terpilih dan Samsung Online Store. Kunjungi pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi.

    Adakah anda berminat dengan promosi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured