Hari ini, Samsung Electronics telah mengumumkan model baharu dalam barisan monitornya yang memberikan kualiti gambar dan ciri intuitif kepada pengguna. Ia sesuai digunakan untuk bekerja, bermain game atau tontonan di rumah. Hyesung Ha, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Paparan Visual di Samsung Electronics berkata bahawa barisan Samsung 2022 mewakili generasi akan datang dalam inovasi monitor dengan tawaran yang memenuhi permintaan gamer.
Odyssey Neo G8
Odyssey Neo G8 32” (Nama Model: G85NB) merupakan monitor pertama di dunia yang menampilkan skrin melengkung 4K (3,840 x 2,160) 1000R dengan kadar penyegaran semula 240Hz dan masa tindak balas 1ms (GtG). Ia menawarkan prestasi dengan kualiti gambar yang tajam menggunakan LED Mini Kuantum, HDR Kuantum 2000 dengan kecerahan puncak 2,000nit dan nisbah kontras statik 1,000,000:1 sesuai untuk digunakan untuk gaming.
Reka bentuknya serupa seperti Odyssey Neo G9 menawarkan luaran putih yang menyerlah walaupun ia dimatikan. Warna-warna menonjol dari skrin ke persekitaran dengan pencahayaan CoreSync manakala pencahayaan teras di bahagian belakang monitor secara automatik mengesan warna pada skrin dan menayangkannya secara serentak.
Smart Monitor 2022 M8
Monitor (Nama Model: M80B) ini membawa ukuran 32 inci, berketebalan ultra-nipis 11.4mm, kira-kira tiga perempat lebih nipis daripada model sebelumnya. Ia menampilkan reka bentuk belakang yang rata dan dipertingkatkan serta hadir dalam warna putih. Panel UHD menawarkan gamut warna sRGB 99% dengan sokongan 1.07 bilion warna pada kecerahan 400nit menunjukkan setiap video, dokumen atau foto dengan butiran warna yang menakjubkan.
Smart TV dan aplikasi produktiviti disediakan dalam monitor memberikan anda hiburan dan kerja yang lancar serta sesuai untuk pekerjaan mudah alih. Ia juga berfungsi sebagai hab kawalan SmartThings tanpa memerlukan PC. SlimFit Cam magnet boleh alih pada monitor membolehkan panggilan video yang menyokong aplikasi panggilan popular seperti Google Duo. Monitor dilengkapi dengan port USB-C untuk sambungan pengecasan 65W menyediakan pengalaman stesen kerja semua-dalam-satu tanpa stesen dok tambahan.
High Resolution Monitor S8
Monitor Resolusi Tinggi Samsung S8 (Nama Model: S80PB) mempunyai model 27” dan 32” menawarkan prestasi UHD peringkat profesional untuk pencipta dan pereka dalam julat tertinggi apabila bekerja di pejabat atau di rumah. Ia memberikan sehingga 98% gamut warna DCI-P3 dengan rangkaian ultra-luas warna S80PB. Monitor dilengkapi dengan Video Electronics Standards Association (VESA) Display HDR 600 beresolusi tinggi dan paparan Matte pada bahagian atas panel untuk mengurangkan pantulan cahaya.
Ia turut berfungsi sebagai monitor UL (Underwriter Laboratories) pertama di dunia yang diiktiraf oleh Glare Free. Kedua-dua model menampilkan pengecasan USB-C 90W dan port LAN untuk mengecas komputer riba dan peranti mudah alih tanpa stesen dok tambahan. Monitor dibina dengan piawaian keserasian pelekap VESA serta Height Adjustable Stand (HAS) untuk kawalan kecondongan, pusing dan pangsi.
Anda boleh lawati laman web Samsung Newsroom untuk maklumat lanjut termasuk imej dan video produk yang diumumkan Samsung di CES 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung Newsroom

