More

    Samsung Electronics pamerkan barisan monitor baharu di CES 2022

    Hari ini, Samsung Electronics telah mengumumkan model baharu dalam barisan monitornya yang memberikan kualiti gambar dan ciri intuitif kepada pengguna. Ia sesuai digunakan untuk bekerja, bermain game atau tontonan di rumah. Hyesung Ha, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Paparan Visual di Samsung Electronics berkata bahawa barisan Samsung 2022 mewakili generasi akan datang dalam inovasi monitor dengan tawaran yang memenuhi permintaan gamer.

    Odyssey Neo G8

    Odyssey Neo G8 32” (Nama Model: G85NB) merupakan monitor pertama di dunia yang menampilkan skrin melengkung 4K (3,840 x 2,160) 1000R dengan kadar penyegaran semula 240Hz dan masa tindak balas 1ms (GtG). Ia menawarkan prestasi dengan kualiti gambar yang tajam menggunakan LED Mini Kuantum, HDR Kuantum 2000 dengan kecerahan puncak 2,000nit dan nisbah kontras statik 1,000,000:1 sesuai untuk digunakan untuk gaming.

    Reka bentuknya serupa seperti Odyssey Neo G9 menawarkan luaran putih yang menyerlah walaupun ia dimatikan. Warna-warna menonjol dari skrin ke persekitaran dengan pencahayaan CoreSync manakala pencahayaan teras di bahagian belakang monitor secara automatik mengesan warna pada skrin dan menayangkannya secara serentak.

    Smart Monitor 2022 M8

    Monitor (Nama Model: M80B) ini membawa ukuran 32 inci, berketebalan ultra-nipis 11.4mm, kira-kira tiga perempat lebih nipis daripada model sebelumnya. Ia menampilkan reka bentuk belakang yang rata dan dipertingkatkan serta hadir dalam warna putih. Panel UHD menawarkan gamut warna sRGB 99% dengan sokongan 1.07 bilion warna pada kecerahan 400nit menunjukkan setiap video, dokumen atau foto dengan butiran warna yang menakjubkan.

    Smart TV dan aplikasi produktiviti disediakan dalam monitor memberikan anda hiburan dan kerja yang lancar serta sesuai untuk pekerjaan mudah alih. Ia juga berfungsi sebagai hab kawalan SmartThings tanpa memerlukan PC. SlimFit Cam magnet boleh alih pada monitor membolehkan panggilan video yang menyokong aplikasi panggilan popular seperti Google Duo. Monitor dilengkapi dengan port USB-C untuk sambungan pengecasan 65W menyediakan pengalaman stesen kerja semua-dalam-satu tanpa stesen dok tambahan.

    High Resolution Monitor S8

    Monitor Resolusi Tinggi Samsung S8 (Nama Model: S80PB) mempunyai model 27” dan 32” menawarkan prestasi UHD peringkat profesional untuk pencipta dan pereka dalam julat tertinggi apabila bekerja di pejabat atau di rumah. Ia memberikan sehingga 98% gamut warna DCI-P3 dengan rangkaian ultra-luas warna S80PB. Monitor dilengkapi dengan Video Electronics Standards Association (VESA) Display HDR 600 beresolusi tinggi dan paparan Matte pada bahagian atas panel untuk mengurangkan pantulan cahaya.

    Ia turut berfungsi sebagai monitor UL (Underwriter Laboratories) pertama di dunia yang diiktiraf oleh Glare Free. Kedua-dua model menampilkan pengecasan USB-C 90W dan port LAN untuk mengecas komputer riba dan peranti mudah alih tanpa stesen dok tambahan. Monitor dibina dengan piawaian keserasian pelekap VESA serta Height Adjustable Stand (HAS) untuk kawalan kecondongan, pusing dan pangsi.

    Anda boleh lawati laman web Samsung Newsroom untuk maklumat lanjut termasuk imej dan video produk yang diumumkan Samsung di CES 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Samsung Newsroom

     

    Artikel Terkini

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...