Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A12 dan Galaxy Tab S6 kini dijual dalam harga yang lebih murah sebanyak RM200

Jika anda sudah lama merancang membeli telefon pintar Samsung Galaxy A12 atau Samsung Galaxy Tab S6 Lite, anda boleh menikmati harga peranti tersebut yang lebih murah bermula hari ini, di mana Samsung Malaysia telah menurunkan harga pasaran (RRP) untuk kedua-dua gajet.

Harga untuk Samsung Galaxy A12 telah dikurangkan daripada RM799 kepada RM699. Sebelum membeli telefon kelas permulaan ini, pastikan anda baca ulasan kami terlebih dahulu di mana telefon ini berfungsi dengan sangat baik.

Untuk mereka yang menginginkan tablet pula, Samsung Galaxy Tab S6 Lite turut mengalami penurunan harga di mana varian WiFi telah dikurangkan daripada RM1,699 kepada RM1,499 manakala varian LTE pula dikurangkan daripada RM1,999 kepada RM1,799.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kedua-dua peranti ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version