Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A12 merupakan telefon pintar terlaris di dunia untuk 2021

Samsung Galaxy A12 merupakan telefon pintar terlaris di dunia pada tahun 2021 menurut laporan Omdia. Telefon pintar peringkat permulaan itu terjual 51.8 juta unit tahun lepas. Peranti itu mempunyai harga jualan purata $160 (~RM680).

Seperti biasa, carta telefon pintar terlaris untuk 2021 didominasi oleh iPhone. Sebanyak tujuh iPhone berjaya menduduki carta dalam sepuluh teratas. Tahun ini, Samsung hanya mempunyai satu lagi peranti dalam sepuluh teratas iaitu Galaxy A02 di tempat kesepuluh. Ia terjual 18.3 juta unit pada harga $138 (~RM583).

Redmi 9A adalah satu-satunya telefon pintar Android yang lain dalam senarai ini. Telefon pintar Xiaomi ini adalah yang paling murah dalam senarai dengan harga hanya $78 (~RM330). Ia terjual 26.8 juta unit tahun lepas. Bagi produk Apple pula iPhone 12 berada di kedudukan kedua diikuti oleh iPhone 13 dan iPhone 11.

Empat model iPhone terlaris lain ialah iPhone 12 Pro Max, iPhone 13 Pro Max, iPhone 12 Pro dan iPhone 13 Pro. Mengikut carta, tujuh iPhone paling popular pada tahun 2021 semuanya berharga lebih daripada $600 (~RM2,540). Ini menunjukkan penguasaan Apple dalam pasaran telefon pintar premium.

Namun, berbeza mengikut kedudukan jika mengikut penyelidikan Counterpoint di mana siri iPhone 11,12 dan 13 merupakan telefon pintar terlaris untuk 2021. Untuk ulasan penuh mengenai Samsung Galaxy A12, anda boleh kli sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: AndroidHeadlines

Exit mobile version