Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A22 5G dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz, cipset Dimensity 700 5G berharga RM999

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru dalam siri Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A22 5G, telefon pintar 5G termurah oleh Samsung setakat ini. Telefon ini menampilkan pelbagai spesifikasi menarik untuk sebuah peranti yang dijual pada harga RM999.

Ia telah pun dilancar dalam pasaran Eropah pada bulan lalu dan spesifikasinya untuk pasaran Malaysia masih kekal sama. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy A22 5G:

Pelanggan yang mendapatkan Galaxy A22 5G sebelum 31 Ogos 2021 bakal menerima sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma, sementara stok masih ada. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti ini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version