More

    Samsung Galaxy A22 dan A22 5G dilancar : Skrin 90hz dengan kamera 48MP OIS

    Terbaru, Samsung secara rasmi telah melancarkan telefon pintar Galaxy A22 dan Galaxy A22 5G. Walaupun perbezaan nama kedua-dua peranti ini hanya lah ‘5G’, namun ia hadir dengan spesifikasi yang agak berbeza.

    Kedua-dua peranti ini menggunakan cipset, kamera dan skrin yang berlainan. Untuk reka bentuk pula, ia dilihat hampir sama dengan sedikit perbezaan pada modul kameranya. Berikut adalah spesifikasi penuh Galaxy A22 dan A22 5G.

    Galaxy A22

    • Skrin 6.4 inci AMOLED HD+ dengan kadar segar semula 90Hz
    • Cipset Mediatek Helio G80
    • RAM 6GB + storan 128GB
    • Bateri 5,000mAh + pengecasan pantas 15W
    • Kamera utama 48MP OIS + kamera ultra lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP + makro 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Perisian Android 11 dengan antara muka OneUI 3.1
    • Bicu audio 3.5mm + kad microSD
    • Bluetooth 5.0, NFC, port USB-C
    • Pilihan warna kelabu, putih, mint dan ungu

    Galaxy A22 5G

    • Skrin 6.6 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz
    • Cipset Mediatek Dimensity 700 5G
    • RAM 8GB + storan 128GB
    • Bateri 5,000mAh + pengecasan pantas 15W
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra lebar 5MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Perisian Android 11 dengan antara muka OneUI 3.1
    • Bicu audio 3.5mm + kad microSD
    • Bluetooth 5.0, NFC, port USB-C
    • Pilihan warna kelabu, putih, mint dan ungu

    Untuk harga pula, Galaxy A22 dijual pada 229 Euro (~RM1,145), manakala harga versi 5G masih lagi belum diumumkan.

    Nantikan berita lanjut mengenai terbaru dari Samsung di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...