Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A73 kini boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G tempatan

Pada hari ini, sebuah lagi telefon pintar telah dimasukkan dalam senarai peranti yang boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G di Malaysia iaitu Samsung Galaxy A73 5G. Ini merupakan telefon Samsung terbaru yang boleh dihubungkan kepada rangkaian berkelajuan tinggi tersebut, selepas beberapa telefon syarikat itu telah pun mendapat pengiktirafan 5G.

Sebelum ini, senarai peranti yang boleh dihubungkan kepada rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) termasuklah siri Samsung Galaxy S22, siri Samsung Galaxy S21 dan POCO F4 GT.

Buat mereka yang tidak mengenali telefon ini, Samsung Galaxy A73 5G adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang paling canggih dalam siri Galaxy A pada tahun ini. Ia menampilkan spesifikasi seperti skrin AMOLED 120Hz, kamera OIS 64MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 25W serta dijual pada harga RM2,099.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version