More

    POCO F4 GT dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, cas pantas 120W, AMOLED 120Hz bermula RM1,999

    POCO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan terbaharu untuk tahun ini iaitu POCO F4 GT. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi tercanggih seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 120W HyperCharge dan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

    Turut mendampingi cipset pantas itu termasuklah RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1, manakala sistem penyejukannya terdiri daripada LiquidCool Technology 3.0 yang mempunyai kamar wap seluas 4,860mm2 untuk pelesapan haba yang pantas. Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED rata berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 480Hz untuk tindak balas pantas.

    POCO F4 GT adalah telefon POCO pertama yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas 120W HyperCharge, di mana pengecasan penuh untuk baterinya yang berkapasiti 4,700mAh hanya mengambil masa selama 17 minit. Tidak seperti telefon pintar andalan lain, sebuah pengecas 120W akan disertakan dalam kotak telefon ini.

    POCO jamin bahawa teknologi pengecasan ini adalah selamat dan mempunyai AdaptiveCharge untuk mengurangkan tempoh bateri berada dalam tahap 80-100% bagi memelihara hayat keseluruhan bateri.

    Telefon ini turut menawarkan beberapa fungsi khas untuk gaming, di mana ia mempunyai butang pencetus (pop-up trigger) di bahagian bucu yang boleh dikeluarkan secara magnetik. Butang ini bukan sahaja boleh digunakan dalam pelbagai jenis game, malah boleh ditetapkan sebagai shortcut untuk mengakses aplikasi yang kerap digunakan seperti kamera, rakaman skrin atau lampu suluh.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO F4 GT:

    • Skrin AMOLED DotDisplay FullHD+ 6.67 inci, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 480Hz
    • Menyokong HDR10+, DCI-P3, PWM Dimming 1,920Hz, dibina dengan Gorilla Glass Victus
    • Cipset Snapdragon 8 Gen 1
    • RAM LPDDR5 8GB atau 12GB
    • Storan dalaman UFS 3.1 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 4,700mAh
    • Pengecasan pantas 120W HyperCharge
    • Pembesar suara kuad dengan Dolby Atmos dan pengiktirafan Hi-Res Audio
    • Sistem operasi MIUI 13 for POCO berdasarkan Android 12
    • Sistem penyejukan LiquidCool Technology 3.0
    • Pengimbas cap jari di bahagian sisi, NFC
    • Pilihan warna Stealth Black, Knight Silver dan Cyber Yellow
    • Harga:
      • 8GB+128GB: RM2,299 (harga promosi awal: RM1,999 di Shopee dan Lazada)
      • 12GB+256GB: RM2,499 (harga promosi awal: RM2,199 di Shopee dan Lazada)

    POCO F4 GT boleh mula dibeli pada 28 April 2022 dan anda boleh mendapatkan harga promosi awal untuk masa terhad pada hari tersebut sahaja.

    Adakah anda berminat untuk memiliki POCO F4 GT? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...