Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy AI akan ditawarkan kepada lebih banyak peranti selain Galaxy S24

Sewaktu pelancaran siri Samsung Galaxy S24 pada awal tahun ini, Samsung telah melancarkan beberapa fungsi berdasarkan kecerdasan buatan (AI) iaitu Galaxy AI. Ia boleh melaksanakan pelbagai fungsi menarik seperti terjemahan langsung untuk panggilan telefon dan mesej, ringkasan pantas untuk artikel dan karangan panjang serta fungsi carian Circle to Search with Google.

Bermula 28 Mac 2024, Samsung akan memberikan Galaxy AI kepada beberapa lagi peranti Samsung yang dilancar pada 2023 iaitu siri Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy Z Fold5 Samsung Galaxy Flip5 serta siri Samsung Galaxy Tab S9. Ia akan disertakan dalam kemas kini One UI 6.1 yang akan diberikan dalam masa terdekat.

Malangnya, ia tidak akan ditawarkan kepada peranti-peranti kelas pertengahan seperti siri telefon pintar Galaxy A. Selain itu, peranti-peranti andalan (flagship) yang dilancar pada 2022 dan sebelumnya seperti siri Galaxy S22 juga tidak akan menerima Galaxy AI.

Baca artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai semua fungsi dalam Galaxy AI.

Adakah anda memiliki peranti yang akan menerima Galaxy AI? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version