Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M32 dilancar: AMOLED 90Hz, bateri 6,000mAh, Helio G80 bermula ~RM840

Samsung hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di India iaitu Samsung Galaxy M32. Telefon ini menampilkan pelbagai spesifikasi menarik untuk telefon pertengahan seperti skrin AMOLED dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz dan bateri besar 6,000mAh.

Turut disertakan bersama telefon ini adalah pengecas 15W, namun ia menyokong kadar pengecasan yang lebih pantas iaitu 25W. Daripada segi kamera, ia dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan pula, sebuah kamera swafoto 20MP berada dalam takuk (notch) di atas skrin.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy M32:

Samsung Galaxy M32 akan mula dijual di India bermula 28 Jun dengan harga INR14,999 (~RM840) untuk varian 4GB+64GB dan INR16,999 (~RM960) untuk varian 6GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M32 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung India

Exit mobile version