More

    Samsung Galaxy M32 dilancar: AMOLED 90Hz, bateri 6,000mAh, Helio G80 bermula ~RM840

    Samsung hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru di India iaitu Samsung Galaxy M32. Telefon ini menampilkan pelbagai spesifikasi menarik untuk telefon pertengahan seperti skrin AMOLED dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz dan bateri besar 6,000mAh.

    Turut disertakan bersama telefon ini adalah pengecas 15W, namun ia menyokong kadar pengecasan yang lebih pantas iaitu 25W. Daripada segi kamera, ia dilengkapi empat kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Di hadapan pula, sebuah kamera swafoto 20MP berada dalam takuk (notch) di atas skrin.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy M32:

    • Cipset MediaTek Helio G80
    • Skrin AMOLED 90Hz 6.4 inci Full HD+ (2400 x 1080), keterangan 800 nits
    • RAM 4GB atau 6GB
    • Storan 64GB atau 128GB, boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP dengan medan penglihatan 123 darjah + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 20MP
    • Bateri 6,000mAh
    • Pengecasan pantas 25W, pengecas 15W dalam kotak
    • Perisian One UI 3.1 berdasarkan Android 11
    • Pengimbas cap jari bahagian sisi, bicu audio 3.5mm
    • Pilihan warna hitam atau biru

    Samsung Galaxy M32 akan mula dijual di India bermula 28 Jun dengan harga INR14,999 (~RM840) untuk varian 4GB+64GB dan INR16,999 (~RM960) untuk varian 6GB+128GB. Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M32 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured