Samsung sedang mengusahakan telefon siri Galaxy M baharu yang dipanggil Galaxy M44 5G. Telefon pintar yang akan datang berkemungkinan besar akan menjadi pengganti kepada Galaxy M34 5G yang muncul pada awal bulan ini.
Samsung Galaxy M44 5G muncul pada laman rasmi penanda aras Geekbench yang mendedahkan spesifikasi utamanya. Samsung masih belum mengumumkan atau mengacah Galaxy M44 5G secara rasmi tetapi ini adalah penampakan rasmi pertama telefon itu. Galaxy M44 5G membawa nombor model SM-M446K di Geekbench.
Penyenaraian menunjukkan bahawa telefon pintar itu dikuasakan oleh pemproses dengan nama kod “lahaina” iaitu untuk cipset Qualcomm Snapdragon 888. Cipset ini mempunyai kelajuan jam maksimum 2.84 GHz dan ia dipasangkan dengan GPU Adreno 660.
Skor di Geekbench menunjukkan Galaxy M44 5G mempunyai skor teras tunggal 1531 dan skor berbilang teras 3771. Penyenaraian Geekbench juga menyebut telefon tersebut dengan RAM 6GB dan beroperasi menggunakan Android 13.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: 91Mobiles

