More

    Samsung Galaxy M44 5G muncul di Geekbench, dedahkan spesifikasi utamanya

    Samsung sedang mengusahakan telefon siri Galaxy M baharu yang dipanggil Galaxy M44 5G. Telefon pintar yang akan datang berkemungkinan besar akan menjadi pengganti kepada Galaxy M34 5G yang muncul pada awal bulan ini. 

    Samsung Galaxy M44 5G muncul pada laman rasmi penanda aras Geekbench yang mendedahkan spesifikasi utamanya. Samsung masih belum mengumumkan atau mengacah Galaxy M44 5G secara rasmi tetapi ini adalah penampakan rasmi pertama telefon itu. Galaxy M44 5G membawa nombor model SM-M446K di Geekbench. 

    Penyenaraian menunjukkan bahawa telefon pintar itu dikuasakan oleh pemproses dengan nama kod “lahaina” iaitu untuk cipset Qualcomm Snapdragon 888. Cipset ini mempunyai kelajuan jam maksimum 2.84 GHz dan ia dipasangkan dengan GPU Adreno 660.

    Skor di Geekbench menunjukkan Galaxy M44 5G mempunyai skor teras tunggal 1531 dan skor berbilang teras 3771. Penyenaraian Geekbench juga menyebut telefon tersebut dengan RAM 6GB dan beroperasi menggunakan Android 13.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91Mobiles

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured