Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy M62 dapat pengiktirafan FCC, dilengkapi bateri 7,000mAh

Selepas melancarkan telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21, kini Samsung akan melancarkan beberapa telefon kelas pertengahan pula. Salah satu telefon ini adalah Samsung Galaxy M62 yang baru sahaja mendapat pengiktirafan Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (Federal Communications Commission, FCC) Amerika Syarikat.

Sebuah telefon pintar dengan nombor model SM-M62F/DS telah dikesan dalam pengiktirafan FCC dan mendedahkan kapasiti bateri yang besar dalam telefon itu iaitu 7,000mAh. Nombor model ini adalah serupa dengan nombor yang telah dilaporkan pada November 2020.

Jika Galaxy M62 mempunyai bateri berkapasiti 7,000mAh, ini adalah telefon Samsung kedua dengan kapasiti bateri itu selepas Galaxy M51 (gambar di atas). FCC juga mendedahkan bahawa telefon itu akan dilengkapi port USB-C, bicu audio 3.5mm serta dipasarkan bersama pengecas 25W. Penyenaraian GeekBench pula melaporkan ia akan dilengkapi cipset Exynos 9825.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy M62 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena, FCC

Exit mobile version