Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S20 FE LTE dikesan di Shopee Malaysia, lengkap Snapdragon 865 berharga RM2,299

Varian terbaru untuk Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) versi 4G sebelum ini telah pun dilancarkan di luar negara dan kini varian Galaxy S20 FE LTE telah dikesan dalam laman rasmi Samsung Malaysia di Shopee. Telefon andalan ini dijual pada harga RM2,299 dan dilengkapi cipset Snapdragon 865.

Secara keseluruhan, Galaxy S20 FE baru ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan model tahun lepas, kecuali pada sokongan 5G di mana Galaxy S20 FE LTE tidak menyokong rangkaian tersebut. Ia merupakan salah satu telefon Samsung terbaik pada tahun lepas dan masih lagi sebuah peranti yang relevan pada 2021.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy S20 FE LTE:

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Samsung Malaysia, namun anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia di Shopee untuk maklumat lanjut tentang pembelian Galaxy S20 FE LTE. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version