Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 akan mula dijual di Malaysia pada 29 Januari dengan pelbagai tawaran istimewa!

Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 akan mula dijual pada 29 Januari ini, dengan harga bermula RM3,699.

Pembeli awal akan menerima pelbagai tawaran untuk produk Samsung dengan jumlah sehingga RM697. Ini termasuklah jam tangan pintar Galaxy Fit 2 (RM179), alat penjejak Galaxy SmartTag (RM119) dan pengecas wayarles Wireless Charger Trio (RM399.

Pelanggan yang berminat boleh membelinya di mana-mana kedai Samsung Experience Store, laman web Samsung Malaysia, cawangan syarikat telekomunikasi, platform e-dagang Lazada dan Shopee, atau pengedar pihak ketiga sah.

Jangan lupa baca artikel pelancaran Galaxy S21 untuk maklumat penuh tentang telefon pintar andalan Samsung terbaru ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version