Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE mungkin dilengkapi bateri lebih besar berbanding Galaxy S21

Berita tentang telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) sudah pun mula dihangatkan dan terbaru, maklumat tentang kapasiti bateri dan nombor modelnya telah dilaporkan dalam media. Galaxy S21 FE mungkin akan dilengkapi kapasiti bateri yang lebih besar daripada Galaxy S21 iaitu 4,500mAh.

Ini adalah berlainan dengan Galaxy S20 FE pada tahun lepas di mana ia mempunyai kapasiti bateri yang sama dengan Galaxy S20 Plus iaitu 4,800mAh. Selain itu, bateri Galaxy S21 FE juga nampaknya lebih kecil daripada bateri 4,800mAh dalam Galaxy S21 Plus.

Samsung juga sedang membangunkan Galaxy S21 FE dengan nombor model SM-G990B dan kod nama R9. Untuk rujukan, Galaxy S20 FE yang dilancar pada 2020 mempunyai kod nama R8, jadi nama R9 untuk S21 FE adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.

Telefon ini dikhabarkan akan dilancar pada bulan Ogos. Spesifikasi yang diramal untuk Galaxy S21 FE adalah skrin 6.4 inci yang rata dan kamera swafoto 32MP seperti dalam Galaxy A52 dan Galaxy A72.

Adakah anda berminat dengan Galaxy S21 FE? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Galaxy Club

Exit mobile version