Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 FE mungkin akan dilancar awal 2023, dilengkapi cipset Exynos 2300

Tahun 2022 sudah pun menghampiri hujungnya, namun Samsung masih belum melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy S22 Fan Edition (FE) yang pasti sedang dinantikan oleh peminat Samsung.

Sungguh pun begitu, beberapa pengkhabar berita teknologi melaporkan bahawa Samsung masih merancang untuk melancarkan telefon itu pada awal 2023. Ia dijangka bakal menjadi telefon Galaxy Fan Edtion yang terakhir kerana siri Galaxy S23 tidak akan mempunyai edisi tersebut.

Selain itu, Galaxy S22 FE mungkin akan bertindak sebagai pengganti kepada Samsung Galaxy A74 kerana Samsung dilaporkan tidak akan melancarkan telefon Galaxy A7x pada 2023. Jika benar, ini bermaksud Galaxy A73 yang dilancar pada tahun ini adalah telefon terakhir untuk siri Galaxy A7x.

Untuk spesifikasi, Galaxy S22 FE dijangka akan dilengkapi cipset Exynos 2300 dan kamera dengan sensor 108MP.

Telefon Galaxy FE mula diperkenalkan pada 2020 dengan Samsung Galaxy S20 FE yang menampilkan fungsi dan spesifikasi canggih namun dijual dengan harga yang lebih murah berbanding siri Galaxy S20 asal. Ia diikuti dengan Galaxy S21 FE yang dilancar pada Januari 2022, jadi waktu pelancaran yang serupa mungkin akan berlaku untuk Galaxy S22 FE.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S22 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Phone Arena

Exit mobile version