Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 FE mungkin tidak akan dilancar pada tahun ini

Samsung telah memperkenalkan varian telefon pintar Fan Edition (FE) pada 2020, dengan pengenalan Samsung Galaxy S20 FE yang menampilkan spesifikasi serupa dengan varian Galaxy S20 lain namun dijual pada harga yang lebih berpatutan. Ia diteruskan dengan Samsung Galaxy S21 FE yang dilancar pada awal tahun 2022.

Walau bagaimanapun, varian FE mungkin tidak akan diperkenalkan untuk siri Samsung Galaxy S22. Menurut media SamMobile, beberapa sumber mengatakan Galaxy S22 FE tidak akan dilancar pada tahun ini atau hadapan, namun puncanya masih tidak diketahui.

Sebelum ini, Galaxy S21 FE telah pun mengalami beberapa masalah kerana ia dilancar setahun selepas pelancaran siri Galaxy S21 dan hanya beberapa minggu sebelum siri telefon pintar andalan seterusnya Samsung Galaxy S22 diperkenalkan. Ini membuatkan Galaxy S21 FE sukar mendapat tarikan dalam kalangan para pelanggan dan mungkin telah menjejaskan penjualannya.

Tindakan ini mungkin diambil kerana masalah kekurangan semikonduktor yang menjejaskan pengilangan telefon pintar. Selain itu, Samsung mungkin mengalami kesukaran dalam memasarkan varian FE di antara siri Galaxy S dan Galaxy A yang lebih murah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version