Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 mungkin mula dikilang pada bulan November

Samsung baru sahaja melancarkan siri telefon lipat terbaru mereka dan kini para peminat syarikat itu boleh menantikan produk seterusnya iaitu siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S22. Khabar terbaru mengatakan siri telefon itu akan mula dihasilkan pada bulan November 2021, bagi memberi ruang yang cukup untuk pelancarannya pada awal tahun hadapan.

Siri Galaxy S22 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2022. Memandangkan siri Galaxy S21 telah dilancar pada Januari 2021, jangkaan Galaxy S22 untuk dilancar pada Januari tahun hadapan adalah tanggapan yang sesuai.

Ia juga mungkin bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset andalan Qualcomm seterusnya iaitu Snapdragon 898. Samsung bakal mengilangkan cipset tersebut dan antara telefon terawal yang dilengkapkan dengannya adalah Xiaomi 12, Redmi K50 dan Lenovo Legion Phone Duel 3.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version