Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S23 FE mungkin berharga lebih murah daripada Google Pixel 8 pada ~RM2,807

Baru-baru ini, khabar angin terbaru mencadangkan Samsung Galaxy S23 FE baharu mungkin lebih murah berbanding Google Pixel 8. Menurut sumber, Galaxy S23 FE yang akan datang akan menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2x 6.4 inci dengan kadar penyegaran 60-120Hz dan kecerahan puncak 1450 nits.

Selain itu, ia menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 untuk pasaran Amerika Utara dan Exynos 2200 untuk keluaran global. Ia menampilkan RAM LPDDR5 8GB dan storan UFS 3.1 128GB-256GB. Menariknya, telefon ini menampilkan kamera utama 50MP (apertur f/1.8), ultralebar 12MP dan kamera telefoto 8MP dengan zum 3x (apertur f/2.4) manakala kamera hadapan membawa sensor 10MP.

Dalam laporan sebelum ini, varian FE hadir dalam empat warna berbeza iaitu Putih Mutiara, Grafit Hitam, Lavender Ungu dan Zaitun. Walau bagaimanapun, satu lagi kebocoran mencadangkan bahawa telefon ini menampilkan enam warna iaitu Grafit, Pudina, Ungu, Putih, Indigo dan Tangerine. Warna Indigo dan Tangerine hanya boleh didapati melalui kedai Samsung.

Jika khabar angin itu benar, telefon ini boleh tiba pada masa yang sama dengan Pixel 8. Galaxy S23 FE dijangka bermula dari $599 (~RM2,807.21) manakala Pixel 8 mungkin berharga $699 (~RM3275.86). Dalam pada itu, anda perlu nantikan pelancarannya pada 4 Oktober 2023 untuk tahu spesifikasi yang ditawarkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mysmartprice

Exit mobile version