Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy SmartTag dilancar: Penjejak objek atau haiwan peliharaan bermula ~RM121

Selain dari siri Samsung Galaxy S21 dan Samsung Galaxy Buds Pro, Samsung turut melancarkan Samsung Galaxy SmartTag dan mengumumkan Galaxy SmartTag+. Penjejak objek atau apa sahaja yang ingin anda jejak ini bakal diumumkan harga rasmi dan maklumat penjualannya oleh Samsung Malaysia kelak.

Samsung Galaxy SmartTag dioperasikan oleh Bluetooth Low Energy (BLE) ini boleh menjejak apa sahaja yang anda mahu. Oleh kerana saiznya yang kecil, anda juga boleh menggunakan penjejak ini untuk mencari haiwan peliharaan, kunci rumah, dompet dan lain-lain.

Di sisi yang lain, Galaxy SmartTag+ pula dioperasikan oleh teknologi Ultra-wideband. Namun, maklumat lanjut mengenainya mungkin akan dimaklumkan pada pengumuman seterusnya kelak, seiring dengan tarikh mula dijual di pasaran.

Paparan di laman rasmi Samsung Malaysia hanya menunjukkan pilihan warna Hitam, tanpa harga rasmi

Setakat ini, Samsung hanya mengumumkan harganya di pasaran global sahaja. Tarikh penjualan Galaxy SmartTag+ akan dimaklumkan kelak, manakala Galaxy SmartTag boleh didapati dengan harga bermula $29.99 (~RM121), $49.99 (~RM202) untuk 2 pek dan $84.99 (~RM343) untuk 3 pek.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk makluman berkenaan harga dan penjualannya di Malaysia.

Exit mobile version