Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip 5G dilancar: Snapdragon 865+, AMOLED 6.7″, RAM 8GB berharga ~RM6,166

Sewaktu ASUS dan Lenovo mendapat perhatian meluas terhadap dua pelancaran telefon pintar gaming mereka semalam, Samsung memutuskan untuk melancarkan telefon boleh lipat Galaxy Z Flip 5G secara sederhana tanpa sebarang majlis pelancaran.

Menurut sumber, spesifikasinya tidak banyak berbeza dengan Galaxy Z Flip pertama, cuma edisi kali ini mampu menyokong rangkaian 5G. Selain itu, Galaxy Z Flip 5G juga dilengkapi cipset flagship terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 865 Plus.

Selain itu, terdapat juga fungsi Flex Mode untuk aplikasi penyiaran langsung (live stream) seperti YouTube yang boleh digunakan secara betul untuk skrinnya. Flex Mode ini juga bakal diberikan kepada pemilik Galaxy Z Flip pertama.

Secara ringkas, Galaxy Z Flip 5G mempunyai skrin AMOLED 6.7 inci, RAM 8GB, dwi-bateri 3,300mAh, kamera utama 12MP, kamera swafoto 10MP dan banyak lagi spesifikasi lain.

Masih tidak pasti tentang keberadaan peranti ini di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Newsroom

Exit mobile version