Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Flip7 dilancar di Malaysia: Skrin lipat 6.9″, bateri 4,300mAh, kamera 50MP bermula RM3,999

Samsung hari ini memperkenalkan dua telefon lipat gaya flip baharu iaitu Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 FE. Seperti model-model Flip pada tahun lalu, telefon ini mempunyai skrin utama yang boleh dilipat dengan engsel mendatar, serta skrin luaran yang lebih kecil untuk memudahkan penggunaan sewaktu ia ditutup.

Skrin luaran FlexWindows dalam telefon ini adalah yang paling terang, besar dan lancar dalam sejarah Galaxy Z Flip. Ia mempunyai ukuran 4.1 inci, kecerahan puncak 2,600 nits untuk penggunaan yang mudah dalam situasi terik dan kadar segar semula 120Hz untuk animasi lancar sewaktu anda berinteraksi dengannya.

Skrin utamanya juga lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dengan ukuran 6.9 inci daripada bucu ke bucu.

Samsung Galaxy Z Flip7

Walaupun dengan saiz skrin yang lebih besar, ia mempunyai ketebalan 13.7mm sahaja apabila dilipat, lebih nipis berbanding 14.9mm pada Galaxy Z Flip6. Untuk perlindungan yang tinggi, skrin dan bahagian hadapannya dibina daripada kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 manakala engsel dan rangkanya dibuat daripada Armor Aluminium Frame yang tahan lasak.

Kapasiti baterinya kini juga lebih tinggi iaitu 4,300mAh, lebih tinggi berbanding 4,000mAh pada generasi sebelumnya. Cipsetnya pula menggunakan Exynos 2500 iaitu cipset 3nm terbaru oleh Samsung untuk prestasi yang pantas.

Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan antara muka One UI 8. Flip7 kini menawarkan fungsi Samsung DeX untuk dihubungkan bersama komputer supaya ia boleh gunakan fungsi produktiviti, Gemini Live pada FlexWindow untuk carian maklumat yang lebih cepat dan Now Bar yang menunjukkan notifikasi pantas.

Samsung Galaxy Z Flip7 FE

Untuk mereka yang inginkan telefon lipat gaya flip yang lebih murah, Samsung Galaxy Z Flip7 FE menawarkan reka bentuk yang sama namun dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Flip7 asal. Ia dilengkapi skrin utama 6.7 inci, kamera utama 50MP dan fungsi Now Brief untuk memberikan notifikasi ringkas untuk kegunaan harian.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

Samsung Galaxy Z Flip7

Samsung Galaxy Z Flip7 FE

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 FE. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version