More

    Samsung Galaxy Z Flip7 dilancar di Malaysia: Skrin lipat 6.9″, bateri 4,300mAh, kamera 50MP bermula RM3,999

    Samsung hari ini memperkenalkan dua telefon lipat gaya flip baharu iaitu Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 FE. Seperti model-model Flip pada tahun lalu, telefon ini mempunyai skrin utama yang boleh dilipat dengan engsel mendatar, serta skrin luaran yang lebih kecil untuk memudahkan penggunaan sewaktu ia ditutup.

    Skrin luaran FlexWindows dalam telefon ini adalah yang paling terang, besar dan lancar dalam sejarah Galaxy Z Flip. Ia mempunyai ukuran 4.1 inci, kecerahan puncak 2,600 nits untuk penggunaan yang mudah dalam situasi terik dan kadar segar semula 120Hz untuk animasi lancar sewaktu anda berinteraksi dengannya.

    Skrin utamanya juga lebih besar berbanding generasi sebelumnya, dengan ukuran 6.9 inci daripada bucu ke bucu.

    Samsung Galaxy Z Flip7

    Walaupun dengan saiz skrin yang lebih besar, ia mempunyai ketebalan 13.7mm sahaja apabila dilipat, lebih nipis berbanding 14.9mm pada Galaxy Z Flip6. Untuk perlindungan yang tinggi, skrin dan bahagian hadapannya dibina daripada kaca Corning Gorilla Glass Victus 2 manakala engsel dan rangkanya dibuat daripada Armor Aluminium Frame yang tahan lasak.

    Kapasiti baterinya kini juga lebih tinggi iaitu 4,300mAh, lebih tinggi berbanding 4,000mAh pada generasi sebelumnya. Cipsetnya pula menggunakan Exynos 2500 iaitu cipset 3nm terbaru oleh Samsung untuk prestasi yang pantas.

    Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan antara muka One UI 8. Flip7 kini menawarkan fungsi Samsung DeX untuk dihubungkan bersama komputer supaya ia boleh gunakan fungsi produktiviti, Gemini Live pada FlexWindow untuk carian maklumat yang lebih cepat dan Now Bar yang menunjukkan notifikasi pantas.

    Samsung Galaxy Z Flip7 FE

    Untuk mereka yang inginkan telefon lipat gaya flip yang lebih murah, Samsung Galaxy Z Flip7 FE menawarkan reka bentuk yang sama namun dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Flip7 asal. Ia dilengkapi skrin utama 6.7 inci, kamera utama 50MP dan fungsi Now Brief untuk memberikan notifikasi ringkas untuk kegunaan harian.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

    "
    "

    Samsung Galaxy Z Flip7

    • Skrin utama Dynamic AMOLED 2X 6.9 inci, resolusi 2520×1080, kadar segar semula 120Hz, kaca Corning Gorilla Glass Victus 2
    • Skrin luaran Super AMOLED 4.1 inci, resolusi 1048×948, kadar segar semula 120Hz
    • Cipset Exynos 2500
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP
    • Kamera hadapan 10MP
    • Bateri 4,300mAh
    • Pengecasan pantas 25W, pengecasan wayarles 15W
    • Sistem operasi Android 16 dengan One UI 8
    • Rating kalis air IP48
    • Menyokong Bluetooth 5.4, Wi-Fi 7
    • Pilihan warna Blue Shadow, Jet-Black, Coral-Red
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM4,999
      • 12GB+512GB: RM5,599

    Samsung Galaxy Z Flip7 FE

    • Skrin utama Dynamic AMOLED 2X 6.7 inci, resolusi 2520×1080, kadar segar semula 120Hz, kaca Corning Gorilla Glass Victus 2
    • Skrin luaran Super AMOLED 3.4 inci, resolusi 720×748
    • Cipset Exynos 2400
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP
    • Kamera hadapan 10MP
    • Bateri 4,000mAh
    • Pengecasan pantas 25W, pengecasan wayarles 15W
    • Sistem operasi Android 16 dengan One UI 8
    • Rating kalis air IP48
    • Menyokong Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6E
    • Pilihan warna hitam atau putih
    • Harga:
      • 8GB+128GB: RM3,999
      • 8GB+256GB: RM4,299

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy Z Flip7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 FE. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured