Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold2 dilancar: Telefon lipat dengan Dynamic AMOLED 7.6″, lima kamera berharga ~RM8,280

Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar lipat terbaru, Samsung Galaxy Z Fold2, yang menampilkan banyak pembaharuan berbanding Galaxy Fold sebelum ini. Penarik utama peranti ini tentunya adalah skrin lipatnya yang lebih besar iaitu skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci, manakala skrin kedua yang berada di hadapan pula adalah skrin Super AMOLED berukuran 6.2 inci.

Galaxy Z Fold2 menampilkan tiga kamera di bahagian belakang, iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.4. Selain itu, ia turut mempunyai kamera swafoto 10MP F2.2 dan satu lagi kamera 10MP F2.2 di bahagian luaran (cover camera).

Antara rekaan menarik untuk Galaxy Z Fold2 adalah warna engselnya yang boleh diubah suai mengikut citarasa pelanggan, terdiri daripada warna perak Metallic Silver, emas Metallic Gold, merah Metallic Red dan biru Metallic Blue. Selain itu, Galaxy Z Fold2 turut menawarkan penggunaan Flex Mode yang diperkenalkan dalam Galaxy Z Flip sebelum ini.

Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold2:

Telefon lipat ini akan mula dijual untuk pasaran antarabangsa pada 18 September dengan harga USD1,999 (~RM8,280). Setakat ini masih tiada maklumat tentang spesifikasi dan keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli Samsung Galaxy Z Fold2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version