fbpx
More

    Samsung Galaxy Z Fold2 dilancar: Telefon lipat dengan Dynamic AMOLED 7.6″, lima kamera berharga ~RM8,280

    Samsung hari ini telah melancarkan telefon pintar lipat terbaru, Samsung Galaxy Z Fold2, yang menampilkan banyak pembaharuan berbanding Galaxy Fold sebelum ini. Penarik utama peranti ini tentunya adalah skrin lipatnya yang lebih besar iaitu skrin Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci, manakala skrin kedua yang berada di hadapan pula adalah skrin Super AMOLED berukuran 6.2 inci.

    Galaxy Z Fold2 menampilkan tiga kamera di bahagian belakang, iaitu kamera utama 12MP F1.8, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.4. Selain itu, ia turut mempunyai kamera swafoto 10MP F2.2 dan satu lagi kamera 10MP F2.2 di bahagian luaran (cover camera).

    Antara rekaan menarik untuk Galaxy Z Fold2 adalah warna engselnya yang boleh diubah suai mengikut citarasa pelanggan, terdiri daripada warna perak Metallic Silver, emas Metallic Gold, merah Metallic Red dan biru Metallic Blue. Selain itu, Galaxy Z Fold2 turut menawarkan penggunaan Flex Mode yang diperkenalkan dalam Galaxy Z Flip sebelum ini.

    Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy Z Fold2:

    • Skrin utama Infinity-O QXGA+ Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci 120Hz dengan resolusi 2208 x 1768
    • Skrin hadapan Super AMOLED HD+ berukuran 6.2 inci dengan resolusi 2260 x 816
    • RAM 12GB
    • Storan UFS 3.1 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 12MP F1.8 + kamera ultra-lebar 12MP F2.2 + kamera telefoto 12MP F2.4
    • Kamera swafoto 10MP F2.2
    • Kamera luaran depan (cover camera) 10MP F2.2
    • Dwi-bateri 4,500mAh
    • Menyokong pengecasan pantas dan pengecasan berbalik Wireless PowerShare
    • One UI 2.5 berdasarkan Android 10
    • Sokongan dwi-kad SIM
    • Pilihan warna hitam Mystic Black dan gangsa Mystic Bronze

    Telefon lipat ini akan mula dijual untuk pasaran antarabangsa pada 18 September dengan harga USD1,999 (~RM8,280). Setakat ini masih tiada maklumat tentang spesifikasi dan keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli Samsung Galaxy Z Fold2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X