Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 mungkin bawa penarafan kalis air dan habuk IP58

Telefon pintar boleh lipat oleh Samsung mungkin dilancarkan lebih awal seperti dalam artikel semalam. Khabar angin terbaharu mencadangkan bahawa peranti boleh lipat baharu akan mempunyai perlindungan kalis air dan habuk terbaik berbanding barisan sebelum ini.

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 mungkin mendapat penarafan kalis air dan habuk IP58. “5” dalam penarafan IP58 merujuk kepada perlindungan habuk, manakala “8” adalah mengenai air dan kelembapan. Engsel adalah elemen yang rumit dan sensitif, maka ia memerlukan perlindungan yang baik sekurang-kurangnya bertaraf IP58.

Ini cukup bagus kerana Z Fold yang pertama tidak mempunyai sebarang perlindungan, manakala Z Fold2 mempunyai peningkatan kecil pada engsel terhadap pengumpulan habuk. Z Fold3 dan Z Fold4 adalah yang pertama mempunyai penarafan perlindungan rasmi, tetapi hanya terhadap air.

Sekiranya ini benar, maka pengguna Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 tidak perlu terlalu risau untuk penggunaan yang sangat lama. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Akaun Twitter

Exit mobile version