More

    Samsung mungkin lancarkan Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 pada akhir bulan Julai 2023

    Dalam satu pengumuman tidak rasmi, nampaknya Samsung mungkin melancarkan Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 seterusnya pada 26 – 27 Julai 2023. Pelancaran ini juga akan diadakan di Seoul, Korea Selatan untuk pertama kalinya.

    Samsung telah memberitahu media tentang perkara yang boleh kami jangkakan pada acara Unpacked seterusnya di Seoul. Syarikat itu menyatakan “Dengan Unpacked ke-27 yang akan diadakan di Seoul, Samsung mengalihkan hala tuju acara Unpacked daripada peranti boleh lipat untuk memberi tumpuan kepada bandar budaya terkemuka dengan aliran berbeza di seluruh dunia yang sejajar rapat dengan tema yang ditetapkan bagi setiap acara.”

    Telefon boleh lipat Galaxy selalunya dilancarkan dalam bulan Ogos tetapi kali ini ia mungkin membawa tarikh yang lebih awal. Sehingga itu, kita hanya perlu menunggu dan melihat butiran yang akan didedahkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured