Site icon TechNave BM

Samsung Malaysia kini tawarkan siri Galaxy S21 5G varian storan 128GB, bermula RM3,499

Sebelum ini, Samsung Malaysia telah melancarkan siri Samsung Galaxy S21 5G di pasaran Malaysia yang terdiri daripada Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra dengan permulaan varian storan 256GB. Terkini, Samsung Malaysia menawarkan siri Samsung Galaxy S21 5G dengan varian storan 128GB bersama harga yang lebih rendah.

Sepintas lalu, siri Galaxy S21 5G dijana cipset Exynos 2100, RAM sehingga 16GB (bergantung kepada jenis model), storan sehingga 512GB (bergantung kepada jenis model), skrin Dynamic AMOLED 2x 120Hz dan kamera sehingga 108MP. Anda boleh menyemak spesifikasi asas di pautan artikel pelancaran.

Ganjaran percuma seperti Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag dan Wireless Charger Trio melalui pembelian siri Samsung Galaxy S21 5G

Penawaran siri Galaxy S21 5G dengan varian storan lebih rendah sekaligus memberi permulaan harga yang lebih rendah untuk siri ini. Siri Galaxy S21 5G kini mempunyai varian 128GB, 256GB dan 512GB (S21 Ultra 5G) bermula pada harga RM3,499. Siri Galaxy S21 5G dengan varian storan 128GB hanya ditawarkan dalam pilihan warna seperti di bawah:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Samsung Malaysia. Kongsikan di laman Facebook kami jika anda akan membelinya atau jika anda ingin menunggu kehadiran Samsung Galaxy S21 FE. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version