Site icon TechNave BM

Samsung menyatakan lebih banyak peranti Galaxy akan menyokong S Pen

Semalam, Samsung telah melancarkan siri telefon andalan mereka, siri Samsung Galaxy S21 dengan tiga model berbeza iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Yang menarik, Galaxy S21 Ultra hadir dengan sokongan S Pen dan ia adalah telefon Galaxy yang pertama yang menyokong stilus Samsung ini.

Terbaru, Samsung menyatakan bahawa lebih banyak peranti Galaxy akan menyokong ciri S Pen dalam masa yang akan datang. Berikut adalah kenyataan yang dimuat naik oleh pihak Samsung.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Samsung tidak menyebut nama peranti yang bakal hadir dengan ciri S Pen. Namun, sumber sebelum ini memberitahu bahawa peranti lipat Samsung, Galaxy Z Fold 3 akan hadir dengan sokongan S Pen.

Kami menjangkakan ciri ini akan hadir pada telefon andalan dan premium mereka dahulu dan kemudiannya akan ditawarkan pada telefon kelas pertengahan kelak.

Adakah anda pengguna S Pen? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version