Site icon TechNave BM

Samsung mungkin akan tingkatkan kecerahan skrin Galaxy S23 kepada 1750 nits

Samsung bakal melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S23 tidak lama lagi dan pelbagai maklumat tentangnya telah pun tertiris, termasuklah spesifikasi dan reka bentuknya. Kini terdapat laporan mengatakan kecerahan puncak (peak brightness) dalam skrin Galaxy S23 mungkin akan ditingkatkan daripada Galaxy S22.

Menurut pengkhabar berita teknologi ternama Roland Quandt, semua tiga varian utama dalam siri Galaxy S23 bakal mempunyai kecerahan puncak sebanyak 1,750 nits. Ini adalah lebih tinggi sebanyak 250 nits berbanding Galaxy S22 standard yang sekadar mempunyai 1,500 nits.

Sungguh pun begitu, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra sudah pun memiliki skrin dengan kecerahan 1,750 nits, jadi ini bukanlah peningkatan yang ketara untuk varian tersebut. Jika khabar ini benar, ia adalah satu penambahbaikan untuk varian standard kerana kini semua varian Galaxy S23 bakal mempunyai kecerahan skrin yang tinggi.

Siri Samsung Galaxy S23 bakal dilancar pada 1 Februari 2023. Anda boleh daftarkan diri anda di laman web Samsung Malaysia untuk mendapatkan baucar bernilai RM200.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Galaxy S23 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version