More

    Samsung akan lancarkan siri Galaxy S23 pada 2 Februari 2023

    Sebelum ini, Samsung telah memaparkan tarikh pelancaran untuk siri telefon pintar Samsung Galaxy S23 iaitu 1 Februari 2023, namun ia dilakukan secara tidak sengaja. Kini Samsung mengesahkan tarikh tersebut, di mana ia akan berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat pada 1 Februari, 10:00 pagi waktu tempatan (2 Februari, 2:00 pagi waktu Malaysia).

    Samsung telah mengesahkan tarikh pelancaran tersebut dalam semua media sosial mereka. Seperti biasa, mereka hanya menamakan acara tersebut sebagai Galaxy Unpacked dan tidak menyatakan nama produk yang akan dilancar, namun berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kita boleh andaikan bahawa mereka akan melancarkan siri Galaxy S23.

    Seperti biasa, para pelanggan Samsung yang berminat boleh berdaftar dengan Samsung Malaysia untuk mendapatkan e-baucar bernilai RM200 apabila mereka membuat pra-tempahan untuk Galaxy S23.

    Siri Galaxy S23 dijangka akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, tiga kamera di belakang dan pilihan warna hijau atau ungu. Varian utamanya terdiri daripada tiga iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

    Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan Galaxy S23 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured