Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Unpacked akan diadakan pada 22 Julai 2026 di London, United Kingdom. Acara ini bakal memperkenalkan barisan peranti terbaharu termasuk Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Flip8, Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch9 Ultra.
Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung pelancaran ini melalui laman web rasmi Samsung, Samsung Newsroom dan saluran YouTube Samsung bermula jam 9 malam waktu Malaysia. Samsung turut membuka pendaftaran minat bagi peranti baharu tersebut bermula 8 hingga 22 Julai 2026.
Pengguna yang mendaftar berpeluang memenangi hadiah dengan nilai keseluruhan sehingga RM62,944 serta menerima baucar elektronik tambahan bernilai RM120 selepas melengkapkan pendaftaran. Selain itu, Samsung menawarkan program Samsung Reservation+ bermula 8 hingga 24 Julai 2026.
Melalui program ini, pelanggan boleh membayar RM50 untuk mendapatkan baucar bernilai RM250 yang boleh digunakan bagi pembelian peranti boleh lipat Galaxy akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

