More

    Samsung sahkan acara Galaxy Unpacked pada 22 Julai ini — Hadiah dan baucar kini tersedia!

    Samsung secara rasmi mengumumkan acara Galaxy Unpacked akan diadakan pada 22 Julai 2026 di London, United Kingdom. Acara ini bakal memperkenalkan barisan peranti terbaharu termasuk Galaxy Z Fold8, Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Flip8, Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch9 Ultra.

    Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung pelancaran ini melalui laman web rasmi Samsung, Samsung Newsroom dan saluran YouTube Samsung bermula jam 9 malam waktu Malaysia. Samsung turut membuka pendaftaran minat bagi peranti baharu tersebut bermula 8 hingga 22 Julai 2026.

    Pengguna yang mendaftar berpeluang memenangi hadiah dengan nilai keseluruhan sehingga RM62,944 serta menerima baucar elektronik tambahan bernilai RM120 selepas melengkapkan pendaftaran. Selain itu, Samsung menawarkan program Samsung Reservation+ bermula 8 hingga 24 Julai 2026.

    Melalui program ini, pelanggan boleh membayar RM50 untuk mendapatkan baucar bernilai RM250 yang boleh digunakan bagi pembelian peranti boleh lipat Galaxy akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...