Site icon TechNave BM

Samsung tamatkan penghasilan Galaxy S20 FE dengan cipset Exynos, beralih ke Snapdragon

Telefon pintar andalan Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) merupakan antara telefon yang paling mendapat sambutan pada tahun lalu, namun hanya untuk varian 5G yang dilengkapi cipset Snapdragon 865. Varian 4G yang dilengkapi cipset Exynos 990 mendapat sambutan yang kurang menggalakkan kerana prestasinya yang lebih lemah, dan kini Samsung memutuskan untuk menamatkan penghasilan varian Exynos untuk Galaxy S20 FE.

Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, beliau mengatakan Samsung bakal menghasilkan Galaxy S20 FE 4G yang dilengkapi cipset Snapdragon 865+ bagi menggantikan Exynos 990. Sebelum ini, sesetengah negara hanya boleh mendapatkan varian Exynos 990 jika mereka menginginkan Galaxy S20 FE 4G kerana kekangan yang ditetapkan oleh Samsung.

Jika berita ini benar, setiap Galaxy S20 FE 4G dalam masa terdekat akan dilengkapi cipset Snapdragon 865+ yang lebih pantas berbanding Exynos 990. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version