Site icon TechNave BM

Samsung tidak akan sertakan pengecas dan fon telinga untuk telefon yang seterusnya

Memandangkan siri Samsung Galaxy S21 kini tidak lagi menyertakan pengecas dan fon telinga bersama, kebanyakan pengguna ingin mengetahui sekiranya ketiadaan pengecas bakal diaplikasikan untuk peranti lain. Samsung menyatakan mereka akan mengaplikasikan ketiadaan pengecas secara beransur-ansur pada peranti seterusnya.

Samsung telah menjawab soalan yang diajukan mengenai sebab mereka membuang fon telinga dan pengecas dalam kotak Galaxy S21. Menurut Samsung, mereka mendapati bahawa kebanyakan pengguna Galaxy menggunakan kembali aksesori yang sedia ada dan membuat keputusan untuk mempamerkan kebiasaan penggunaan semula aksesori.

Samsung percaya bahawa tindakan tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak peranti akan dilakukan secara beransur-ansur untuk mengelakkan tekanan kepada pengguna. Anda boleh membaca jawapan penuh Samsung di sini.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Mobile Press

Exit mobile version