Site icon TechNave BM

Samsung tinggalkan butiran Galaxy Note20 FE dalam laman web rasmi

Samsung S20 Fan Edition (FE) yang dilancarkan pada bulan Oktober merupakan telefon pintar yang amat menarik kerana ia dilengkapi kebanyakan ciri Galaxy S20 namun dijual pada harga yang lebih berpatutan. Kini, terdapat petunjuk bahawa Samsung mungkin akan melancarkan sebuah Fan Edition untuk Galaxy Note20.

Berdasarkan laman web Samsung Brazil, syarikat tersebut telah menyenaraikan Galaxy Note20 FE dengan beberapa maklumat ringkas seperti skrin berukuran 6.5 inci jika diukur secara petak dan 6.3 inci jika sisi melengkung pada skrin tidak dikira. Selain itu, terdapat juga kod yang menghuraikan penggunaan Night Mode dalam Note20 FE.

Mungkin ini adalah kesilapan teks (typo) oleh Samsung namun memandangkan Note20 FE muncul beberapa kali dalam laman web tersebut, ia mungkin menunjuk kepada kehadiran telefon itu pada masa hadapan. Lagipun, mudah untuk kita andaikan bahawa Samsung sedang mengusahakan varian FE untuk Note20.

Kali terakhir Samsung menghasilkan Fan Edition untuk siri Galaxy Note adalah pada tahun 2017 bagi menggantikan Galaxy Note7. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan versi Fan Edition untuk Galaxy Note20 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SAM Mobile

Exit mobile version