Site icon TechNave BM

Samsung umum Galaxy A12, Galaxy A02s dengan bateri 5000mAh, harga bermula ~RM729

Terkini, Samsung dilihat telah mengumumkan dua peranti mampu milik; Samsung Galaxy A12 dan Samsung Galaxy A02s. Kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan beberapa spesifikasi sama seperti bateri sebesar 5000mAh.

Galaxy A02s dan Galaxy A12 juga mempunyai skrin 6.5 inci HD+ Infinity-V yang sama. Namun, spesifikasi selebihnya pada kedua-dua telefon ini adalah berbeza. Anda boleh merujuk pada spesifikasi asas seperti di bawah.

Samsung Galaxy A12

Samsung Galaxy A02s

Samsung Galaxy A12 akan tersedia di pasaran pada Januari 2021, manakala Galaxy A02s akan tersedia pada Februari 2021. Apa pun, kita perlu menunggu tarikh rasmi dari Samsung Malaysia untuk maklumat penjualan dan harga rasminya di pasaran Malaysia.

Anda boleh menyemak spesifikasi di pautan ini. Kongsikan pendapat anda mengenai Galaxy A12 dan Galaxy A02s di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version