More

    Samsung umum Galaxy A12, Galaxy A02s dengan bateri 5000mAh, harga bermula ~RM729

    Terkini, Samsung dilihat telah mengumumkan dua peranti mampu milik; Samsung Galaxy A12 dan Samsung Galaxy A02s. Kedua-dua peranti ini ditawarkan dengan beberapa spesifikasi sama seperti bateri sebesar 5000mAh.

    Galaxy A02s dan Galaxy A12 juga mempunyai skrin 6.5 inci HD+ Infinity-V yang sama. Namun, spesifikasi selebihnya pada kedua-dua telefon ini adalah berbeza. Anda boleh merujuk pada spesifikasi asas seperti di bawah.

    Samsung Galaxy A12

    • Cipset MediaTek Helio P35
    • RAM 3GB/4GB/6GB + storan 32GB/64GB/128GB (boleh diperluas melalui microSD sehingga 1TB)
    • Paparan 6.5 inci HD+ Infinity-V
    • 4 kamera utama 48MP + 5MP ultra lebar + 2MP kedalaman + 2MP makro
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5000mAh + cas 15W
    • Disokong Samsung Knox
    • Sensor cap jari di sisi
    • Pilihan warna Hitam, Biru, Putih dan Merah
    • Harga bermula €179 (~RM871)

    Samsung Galaxy A02s

    • Cipset Snapdragon 450
    • RAM 3GB + storan 64GB (boleh diperluas melalui microSD sehingga 1TB)
    • Paparan 6.5 inci HD+ Infinity-V
    • 3 kamera utama 13MP + 2MP kedalaman + 2MP makro
    • Kamera swafoto 5MP
    • Bateri 5000mAh + cas 15W
    • Pilihan warna Hitam dan Putih
    • Harga bermula €150 (~RM729)

    Samsung Galaxy A12 akan tersedia di pasaran pada Januari 2021, manakala Galaxy A02s akan tersedia pada Februari 2021. Apa pun, kita perlu menunggu tarikh rasmi dari Samsung Malaysia untuk maklumat penjualan dan harga rasminya di pasaran Malaysia.

    Anda boleh menyemak spesifikasi di pautan ini. Kongsikan pendapat anda mengenai Galaxy A12 dan Galaxy A02s di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured