Site icon TechNave BM

Samsung umum Galaxy Chromebook 2: Skrin sentuh QLED, Smart AMP, bermula ~RM2,223

Terkini, Samsung telah mengumumkan pelopor komputer riba kompak generasi terkini, Galaxy Chromebook 2. Lebih menarik, Galaxy Chromebook 2 adalah komputer riba kompak pertama dalam segmennya yang hadir dengan spesifikasi skrin QLED dan ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding generasi sebelumnya iaitu bermula pada $550 (~RM2,223).

Menurut spesifikasi di laman rasmi Samsung, Galaxy Chromebook hadir dengan beberapa spesifikasi menarik seperti skrin sentuh 13.3 inci QLED FHD, seringan 1.23kg*, sokongan USI Pen dan kamera web 720p. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya di bawah.

Untuk pengetahuan anda, Galaxy Chromebook 2 dioperasikan oleh Chrome OS. Peranti ini juga boleh dilipat seperti tablet dan skrin sentuhnya boleh digunakan sepenuhnya.

Galaxy Chromebook 2 hadir dengan pilihan warna Fiesta Red dan Mercury Gray dan dijangka hadir di pasaran AS pada bulan Mac. Kami masih tidak mengetahui keberadaan produk ini di pasaran Malaysia.

terdahulu, Samsung telah mengumumkan teknologi televisyen baharu yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih baik. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version