More

    Samsung lancarkan Neo QLED dan MICRO LED: Teknologi televisyen terbaru untuk gambar lebih cantik

    Samsung hari ini telah menganjurkan acara pelancaran pertama untuk tahun ini, di mana mereka melancarkan teknologi terbaru untuk televisyen pintar mereka iaitu Neo QLED dan MICRO LED. Di samping itu, Samsung turut memaparkan komitmen mereka untuk menghasilkan produk yang lebih mesra alam sekitar serta boleh digunakan oleh golongan kurang upaya.

    Neo QLED dilengkapi Quantum Matrix Technology dan Neo Quantum Processor untuk memasukkan lebih banyak unit LED ke dalam skrin televisyen serta mampu memainkan video dalam 8K dan 4K walaupun sumber video berada dalam resolusi yang lebih rendah. Daripada segi audio pula, ia akan dilengkapi teknologi Object Tracking Sound (OTS) yang bertindak balas dengan gerakan objek yang dipaparkan dalam skrin.

    Neo QLED turut menawarkan fungsi-fungsi pintar khas seperti Samsung Health, Super Ultrawide GameView untuk memainkan game sehingga nisbah aspek 32:9, sokongan Google Duo, PC on TV serta Samsung DeX. Neo QLED akan dilengkapi dalam model televisyen 8K (QN900A) dan 4K (QN90A).

    Barisan produk MICRO LED pula memperkenalkan teknologi Micro LED dalam model-model televisyen biasa untuk meningkatkan mutu gambar. Ia akan diperkenalkan dalam televisyen berukuran 110 inci, 99 inci dan saiz-saiz yang lebih kecil pada hujung tahun ini.

    TV MICRO LED akan direka dengan Monolith Design yang bermaksud ia akan mempunyai nisbah skrin-ke-badan setinggi 99%, manakala audio Majestic Sound pula memberikan saluran audio 5.1 melalui pembesar suara dalaman. Pengguna juga boleh mengakses 4Vue untuk memainkan sehingga empat kandungan video yang berlainan secara serentak serta mengawal kelantangan audionya secara berasingan.

    Samsung akan turut melancarkan edisi baru untuk barisan Lifestyle TV pada tahun ini yang terdiri daripada The Frame, The Serif, The Sero, The Terrace dan The Premiere. Selain televisyen, Samsung juga memperkenalkan alat kawalan jauh Solar Cell Remote Control yang boleh dicas menggunakan cahaya matahari atau lampu.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

    "
    "
     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...