Site icon TechNave BM

Sebuah telefon yang diterima melalui Jaringan Prihatin meletup sewaktu digunakan untuk PdPR

Sebuah telefon pintar yang digunakan oleh seorang murid sembilan tahun di Gombak, Selangor telah meletup sewaktu beliau menggunakannya untuk mengikuti kelas Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

Telefon tersebut diterima oleh keluarganya melalui program Jaringan Prihatin iaitu sebuah program khas untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki telefon pintar. Menurut ibu saudara murid tersebut, insiden itu berlaku pada jam 9:30 pagi sewaktu sesi persekolahan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sebelum kejadian itu berlaku, ibu saudaranya mengatakan telefon yang digunakan oleh murid itu cepat panas dan baterinya tidak boleh bertahan lama. Beliau juga berkata telefon itu tidak dicas sewaktu ia meletup.

Beliau bimbang jika telefon yang diedarkan bawah Jaringan Prihatin mempunyai mutu rendah dan boleh mendatangkan kemalangan kepada pengguna.

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu golongan B40 untuk memiliki telefon pintar untuk kegunaan PdPR serta pekerjaan dari rumah. Pelbagai syarikat telekomunikasi telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program ini termasuklah Digi, Celcom, Maxis, U Mobile, Yes dan banyak lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malaysiakini

Exit mobile version