More

    Pakej Jaringan Prihatin dari YES, Yoodo, Digi, Celcom, Maxis dan U Mobile, mana lebih menarik?

    Seperti yang anda tahu, program Jaringan Prihatin oleh kerajaan Malaysia sudah bermula dari 5 Mei lalu dan semua syarikat telekomunikasi telah melancarkan pelan mereka yang tersendiri untuk rakyat Malaysia. Untuk memudahkan hidup anda, kami telah mengumpulkan semua pakej Prihatin oleh syarikat telekomunikasi berbeza di dalam artikel ini.

    Syarikat telekomunikasi yang disenaraikan adalah YES, Yoodo, Digi, Celcom, Maxis dan U Mobile. Tanpa buang masa, mari lihat perbandingan pakej Jaringan Prihatin di bawah!

    YES – Telefon percuma, data mudah alih percuma dan lebih untuk B40

    Di dalam usaha untuk membantu golongan B40 di Malaysia, YES telah menawarkan telefon percuma dan data mudah alih (mobile data) percuma untuk satu tahun. Ianya diberi nama YES Prihatin Learn-From-Home Families dan Learn-From-Home individual, berbeza untuk keluarga dan individu.

    Kedua-dua pelan ini adalah hampir sama dan menawarkan telefon percuma, akses kepada aplikasi FrogAsia dan baucar Shopee RM50. Perbezaannya adalah pada data mudah alih iaitu 15GB atau 30GB setiap bulan untuk satu tahun. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat halaman rasmi Prihatin mereka.

    Yoodo – Data percuma 60GB jika langgan pelan RM20/bulan

    Untuk Yoodo pula, mereka menawarkan pakej Prihatin yang menekankan kepada data mudah alih setiap hari. Dengan langganan pelan berharga RM20 setiap bulan, pengguna boleh mendapatkan data mudah alih percuma sebanyak 60GB. Pendaftaran pakej ini sudah bermula dari 5 Mei lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Julai ini.

    Pengguna Yoodo boleh memeriksa kelayakan mereka untuk mendapatkan tawaran ini melalui aplikasi Yoodo. Pengguna yang layak boleh menuntut data tambahan 2GB setiap hari secara percuma yang boleh digunakan selama 1 jam sahaja. Untuk matlumat lanjut mengenai penawaran Jaringan Prihatin Yoodo, anda boleh melayari www.yoodo.com.my/jaringanprihatin.

    Digi – Subsidi RM300 untuk telefon dan tablet

    Untuk syarikat telekomunikasi kuning ini pula, mereka menawarkan dua pakej – Rebat RM180 untuk pelan prabayar dan pascabayar dan subsidi peranti RM300. Pendaftaran pakej ini telah bermula 5 Mei lepas dan akan berakhir pada 31 Julai ini untuk semua pengguna sedia ada dan baru Digi.

    Untuk pakej rebat RM180, pengguna yang layak akan mendapat rebat sebanyak RM15 setiap bulan dan tambahan 2GB data mudah alih setiap hari untuk satu tahun. Untuk subsidi peranti RM300 pula , ia hanyalah untuk telefon pintar atau tablet 4G sahaja (kepada keluarga bukan individu). Anda boleh lihat senarai peranti yang terlibat di sini dan anda boleh layari laman web mereka untuk matlumat lanjut.

    "
    "

    Celcom – Telefon percuma dan penjimatan sehingga RM360

    Seperti Digi, Celcom juga turut menawarkan pakej rebat untuk pelan prabayar dan pascabayar mereka. Pengguna prabayar Celcom akan mendapat rebat sebanyak RM15 setiap bulan selama 1 tahun. Selain itu, terdapat juga tawaran Celcom Just4Me yang memberikan tambahan data 2GB setiap hari selama setahun.

    Manakala untuk pengguna pascabayar, mereka boleh melayari media sosial Facebook, Instagram, YouTube, WhatsaApp dan Wechat dengan data mudah alih tanpa terhad. Tambahan lain, mereka juga boleh mendapat telefon percuma dengan pelan XP lite serendah RM38/bulan dan dapat tambahan data 60GB secara percuma. Jika anda mempunyai keluarga, terdapat juga subsidi RM300 untuk pembelian telefon pintar.

    Pelan XP Lite ini boleh digabungkan dengan Pass L (Keluarga atau individu) dan Pass M untuk beberapa telefon pintar yang terpilih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari halaman Prihatin oleh Celcom di sini.

    Maxis – Dapatkan Samsung Tab A 8.0 untuk RM1 atau telefon iPhone XR (128GB) untuk RM1,399

    Ye betul, pengguna Maxis Hotlink juga layak mendapat subsidi sebanyak RM300 untuk peranti Hotlink terpilih dibawah pelan Hotlink Postpaid 60. Namun, subsidi ini hanyalah untuk keluarga yang mempunyai anak. Untuk individu, anda boleh mendapat subsidi sebanyak RM180 untuk beberapa telefon pintar dengan harga serendah RM1.

    Selain itu, pengguna prabayar Hotlink, pascabayar Hotlink, pascabayar Maxis dan Maxis Home 4G WiFi boleh menuntut kredit berharga RM180 (RM15 x 12 bulan). Tambahan lagi, data percuma 2GB setiap hari juga boleh dituntut melalui aplikasi Hotlink atau Maxis. Maklumat lanjut mengenai pakej Prihatin Maxis boleh didapati di sini.

    U Mobile – Peranti percuma dan pelan data serendah RM15

    Akhir sekali, pengguna U Mobile boleh mendapatkan peranti percuma dengan pelan data bersubsidi. Mereka boleh menuntut beberapa peranti termasuklah Samsung A02, Samsung A02s, realme C11, OPPO A54 atau Lenovo Tab M10 HD (Generasi kedua). Anda boleh lihat grafik di bawah untuk butiran lanjut.

    Untuk subsidi pelan data mudah alih, pengguna U Mobile hanya perlu bayar serendah RM15/bulan selama satu tahun dengan pelan prabayar Giler Unlimited GX30. Manakala untuk pelan pascabayar pula, hanya GX68 dan GX50 terlibat dengan pakej Prihatin yang ditawarkan pada harga serendah RM25/month. Tambahan data mudah alih 2GB untuk satu jam setiap hari juga diberikan kepada pengguna yang telah berjaya mendaftar. Anda boleh layari halaman rasmi Prihatin dari U Mobile untuk matlumat lanjut.

    Jadi, itu sahajalah informasi mengenai pelan Program Jaringan Prihatin oleh beberapa syarikat telekomunikasi Malaysia. Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...