Site icon TechNave BM

Sedang cari telefon pintar baru? Ini 10 pilihan terbaik di bawah RM1,000

Terlalu banyak telefon pintar yang dilancarkan pada tahun ini daripada varian yang mesra bajet hinggalah varian andalan. Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 10 telefon pintar di bawah harga RM1,000 bagi mereka yang mencari telefon dengan prestasi yang baik tetapi dalam harga yang berpatutan.

vivo Y27s

Telefon ini mempunyai saiz skrin 6.64 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 90Hz untuk penggunaan yang lancar. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 680 4G, RAM 8GB dan storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori microSD.

Baterinya berkapasiti besar iaitu 5,000mAh yang sudah standard untuk telefon kelas permulaan pada waktu ini. Lebih menarik adalah bateri ini turut menyokong pengecasan pantas 44W. vivo Y27s berharga RM799 dalam warna Burgundy Black dan Garden Green.

HONOR X7a

Ia membawa cipset MediaTek Helio G37, RAM 4GB atau 6GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB. Kapasiti baterinya amat besar iaitu 6,000mAh dan menyokong kadar pengecasan 22.5W. Kamera belakangnya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP dan kamera makro 2MP manakala kamera hadapan membawa sensoro 8MP. Anda boleh dapatkannya dalam warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black pada harga RM799.

Redmi Note 12

Redmi Note 12 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 685, paparan beresolusi FHD + 6.67 inci, menyokong penyegaran semula 120Hz, bateri 5,000mAh dan dilengkapi kamera utama 50MP di belakang. Spesifikasi Redmi Note 12 5G pula pada asasnya adalah sama seperti Redmi Note 12 tetapi digantikan oleh cipset Snapdragon 4 Gen 1 yang menyokong 5G dan kamera utama belakang ialah 48MP. Telefon ini membawa warna Onyx Gray, Mint Green, Ice Blu dan Sunrise Gold di mana varian 8/128GB berharga RM 799 dan 6/128GB pada harga RM699.

HONOR X8b

Dalam warna Glamorous Green dan Titanium Silver pada harga RM999X8b menawarkan storan besar 512GB untuk muat turun aplikasi dan kamera 108MP untuk fotografi berkualiti. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.7 inci sambil dilengkapi oleh cipset Snapdragon 680. Di bahagian belakang, ia mempunyai kamera utama 108MP, kamera lebar dan kedalaman serta kamera makro 2MP manakala bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50MP. 

TECNO Pova 5 Pro 5G

Ciri utama TECNO Pova 5 Pro 5G ini pastinya adalah skrin LCD 6.78 inci yang mempunyai resolusi Full HD+ (1080×2460) dan kadar segar semula 120Hz. Rekaan di bahagian belakangnya pula mempunyai estetika gamer Turbo Light Mecha Design dengan corak garisan dan lampu LED yang boleh memaparkan sembilan warna.

Selain itu, ia mempunyai bateri besar 5,000mAh yang boleh menyokong kadar pengecasan pantas 68W melalui port USB-C. Cipsetnya pula adalah MediaTek Dimensity 6080 5G yang dibuat dengan nod proses 6nm dan mempunyai sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber cooling) dengan lapisan grapheneseluas 12,979mm² untuk pelesapan haba yang lebih pantas. Pada harga RM799, anda boleh dapatkannya dalam warna Dark Illusion dan Silver Fantasy.

TCL 40 NXTPAPER 5G

Ia boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G dan mempunyai skrin berukuran 6.6 inci dengan resolusi HD+. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada RAM 6GB yang boleh dibesarkan secara maya sebanyak 6GB lagi, storan dalaman 256GB, cipset MediaTek Dimensity 700 (6833V_NZA), bateri 5,000mAh dan pengecasan 15W. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP dalam takuk (notch) berbentuk titisan air. Tersedia dalam warna Starlight Black, TCL 40 NXTPAPER 5G berharga RM999.

realme 10

Ia menawarkan RAM DINAMIK sehingga 8GB + 8GB dan ROM 256GB serta disokong oleh cipset MediaTek Helio G99. Paparanya menggunakan panel AMOLED 90Hz dan dilengkapi dengan  bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Ia hadir bersama kamera utama 50MP + kamera B&W 2MP di bahagian belakang dan kamera swafoto 16MP. Pada harga RM999, anda boleh dapat realme 10 dalam warna Clash White dan Rush Black.

Samsung Galaxy A24

Samsung Galaxy A24 dilancarkan pada Mei lalu berharga RM999 menampilkan paparan Super AMOLED berukuran 6.5 inci. Ia dilengkapi dengan kamera utama 50MP, lensa ultra lebar 5MP dan lensa makro 2MP. Bahagian hadapannya pula membawa kamera swafoto 13MP. Anda boleh memilih warna antara merah tua, hijau muda dan hitam bersama satu sahaja varian yang ditawarkan iaitu RAM 16GB  (RAM tambahan 8GB) dan storan 128GB. 

OPPO A78

OPPO A78 telah dilancarkan di Malaysia menampilkan skrin AMOLED FHD+ 6.4 inci, kadar segar semula 90Hz, pengecasan SUPERVOOC 67W pada bateri 5,000mAh dan pembesar suara dwi stereo dan Real HD Sound 3.0. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680 dengan konfigurasi RAM 8GB (Pengembangan RAM 8GB) + ROM 256GB (storan tambahan sehingga 1TB melalui slot kad SD).

Ia mempunyai kamera utama 50MP, menggunakan sistem operasi  ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13 dan penarafan kalis air IP54. A78 boleh didapati dalam dua kemasan warna iaitu Aqua Green dan Mist Black pada harga RM999.

Infinix GT 10 Pro

Telefon ini menjadi kegilaan ramai kerana prestasi gaming yang bagus. Pada harga RM999, Infinix GT 10 Pro membawa rekaan belakang Cyber Mecha yang menampilkan corak garisan dan bulatan mirip genre cyberpunk. Ia boleh didapati dalam warna hitam-oren Cyber Black atau perak Mirage Silver.

Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8050 5G, RAM 8GB yang boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB, bateri 5,000mAh. Infinix GT 10 Pro turut memberikan k amera utama 108MP + kamera makro 2MP + sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 32MP.

Telefon pintar mana satukah yang menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version