More

    OPPO A78 dilancar di Malaysia: skrin AMOLED 6.4″, pengimbas cap jari dan bateri 5,000mAh pada RM999

    Hari ini, OPPO mengumumkan pelancaran OPPO A78 di Malaysia menampilkan peningkatan ketara dengan rekaan retro ultra-nipis dan matriks berlian di bahagian belakang. Ia senipis 7.93mm dan berat hanya 180g.

    OPPO A78 adalah telefon OPPO A siri pertama yang menampilkan skrin AMOLED FHD+ 6.4 inci, kadar segar semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan sehingga 180Hz dan kecerahan sehingga 600 nits. Paparan juga termasuk pengimbas cap jari bawah paparan yang juga pertama dalam julat harga ini.

    Ia menampilkan pengecasan SUPERVOOC 67W pada bateri 5,000mAh di mana ia meningkat ke 100% dalam masa kira-kira 44 minit. Dengan pengecasan penuh, bateri 5,000mAh menyediakan 27.4 hari siap sedia (mod penerbangan) atau 16.37 jam video YouTube. Pengecasan Sepanjang Hari Dioptimumkan adalah ciri pintar di mana ciri ini mempelajari tabiat pengecasan harian pengguna dan melaraskan kelajuan pengecasan dengan sewajarnya.

    A78 membawa pembesar suara dwi stereo dan Real HD Sound 3.0 dengan mod kelantangan ultra yang meningkatkan kelantangan bunyi sebanyak 200%. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 680 dengan konfigurasi RAM 8GB (Pengembangan RAM 8GB) + ROM 256GB (storan tambahan sehingga 1TB melalui slot kad SD).

    Dari segi kamera, ia mempunyai kamera utama 50MP dan satu siri ciri baharu untuk menangkap gambar dan video yang menakjubkan iaitu dwi-paparan video dari kedua-dua kamera hadapan dan belakang secara serentak. A78 boleh didapati dalam dua kemasan warna iaitu Aqua Green dan Mist Black. Ia juga membawa penarafan kalis air IP54 menunjukkan ia boleh bertahan daripada percikan dan tumpahan biasa.

    Spesifikasi lain termasuk ColorOS 13.1 berdasarkan Android 13 termasuk peti keselamatan peribadi yang dikemas kini, standard penyulitan lanjutan (AES) udan kawalan akses 5-gred untuk memberi kawalan sepenuhnya ke atas siapa yang boleh melihat data mereka.

    OPPO A78 boleh didapati pada harga RM999 di My OPPO Space, kedai jenama OPPO dan pengedar sah OPPO atau dalam talian melalui platform e-dagang seperti Shopee. Dari 7 hingga 31 Julai 2023, pelanggan yang membeli telefon pintar di Shopee akan menerima sepasang True Wireless Earbuds bernilai RM109. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...